Pages

Monday, July 11, 2011

To make a difference.

Hari ini hari pertama kerja tanpa isteri menghantar di depan pintu seperti biasa. Rasa agak pelik jugak tapi kenalah biasakan diri dalam situasi mendesak sebegini.

Pagi, tiada apa yang istimewa kerana menghadiri mesyuarat jabatan. Pelbagai isu dibangkitkan seperti biasa. So, tiada apa yang istimewa sangat.

Namun petang aku rasakan paling produktif sekali. Rasa begitu bertuah kerana memiliki ilmu dalam bidang iPad ni. Aku ni jenis yang tak kedekut ilmu, suka share. Sharing is caringlah katakan. Ramai staf jabatan aku minta tunjuk ajar tentang software dalam iPad ni. Mudah-mudahan ilmu ini berguna buat mereka. Dan baru kini aku rasa kemunculan aku dirasakan oleh rakan-rakan sepejabat. Dalam meeting juga, aku menyatakan hasrat ingin mengadakan bengkel penggunaan iPad untuk semua staf di politeknik kuching dan hasrat itu disambut baik oleh ketua jabatan. Bukan nak membodek, dan bukan juga nak mengampu tapi aku teringat kata-kata penceramah KIPA tempoh hari, jadi seorang pensyarah ni bukan setakat untuk mendidik tapi MEMBUAT PERUBAHAN. Perubahan ke arah kebaikan dan memberi manfaat kepada insan sejagat. Barulah ilmu yang kita perolehi lebih berkat. Kepada pelajar juga saya ingin berpesan, jika kita rasakan ilmu kita banyak dari orang lain, sila-silalah berkongsi. Tak luak pun ilmu tu kalau dikongsi malahan akan bertambah-tambah lagi. Bukankah ilmu yang kita miliki adalah milikNya jua?

Petang pulang dari pejabat, aku terus ke kedai Abg Man Tomyam....dinnerlah apa lagi? Malas nak keluar lagi, so makan siap-siap. Menu yang dipesan seperti biasa nasi goreng kampung telur mata. "nang layan" bak kata org sarawak.

Malam, aku buat aktiviti format pc dan install microsoft office 2010, baru nak belajor. Menarik jugak office 2010 ni, siap ada capture screen lagi, senang nak buat soalan nanti.

So, itu sahaja untuk aku kongsikan pada semua apa yang aku lalui pada hari ni. Oh ye....aku nak siapkan artikel atau lebih bersifat manual penggunaan iPad dalam pengajaran dan pembelajaran khusus buat semua pensyarah-pensyarah di Malaysia.

Sehingga itu, terima lagu Ratuku khas untuk anda yang meminati fieen awie. Wassalam.




- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: