Pages

Friday, July 15, 2011

Hidup perlu tabah

Hari ini adalah hari pertama aku masuk kelas bagi semester Jun 2011. (Ayat skemanya). Kelas yang berbeza, pertama pada paginya ajar UBS accounting software dan petang pulak Financial Accounting 1. Kedua-dua subjek dah macam kacang bagi aku, lebih-lebih lagi UBS. Ajar tanpa buku pun boleh wa cakap lu. Anyway, bila dah Master subjek ni menjadikan aku lebih matang dalam pengajaran. Aku akan belajar dari kesilapan lampau. Mengenang kembali kata-kata Puan Junaidah, penceramah Institut Aminuddin Baki, " Nak jadi pendidik, mesti ada jiwa seorang pendidik". Ianya menuntut satu kerja keras dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Kali ini aku ingin menukar taktik pengajaran kepada lebih memberi kebebasan kepada pelajar untuk berfikir sendiri. Perbanyakkan group discussion dan tidak hanya bercakap atau spoon feed student.

Nak jadi pensyarah yang baik memang mudah, bagi je budak-budak dapat A, tetapi nak menjadi pensyarah yang berkesan tu lah yang amat mencabar.

(Tengah melayan lagu Andai dapat kuundur masa), membuat tekak aku gatal nak pergi karaoke atau karoks (bahasa budak-budak sekarang). Memang gatal betul r tekak ni. Mau rasanya malam ni jugak aku pergi karoks. Sorang pun sorang lah, janji lepas gian. Lagipun apa aku nak buat sorang-sorang kat rumah ni? Mati kutu je.

Hari ini juga aku dengar jawapan UPU dah keluar, ada yang dapat dan ada yang tidak. Sedih juga bagi yang tak dapat. Harap mereka bersabarlah. Aku nak cerita sikit pengalaman aku masa lepas SPM dulu aku cukup kecewa kerana tak dapat masuk mana-mana universiti di kala kawan-kawan lain dapat. Memang menyedihkan masa tu. Tapi berkat nasihat kawan-kawan, aku sambung STPM dan aku berjaya mendapat 5 PRINSIPAL. Cukup bangga jugak lah, antara pelajar melayu yang dapat 5P memang tak ramai. Terus naik nama sekolahku masa tu pasal keputusan cemerlang. Kini aku bukan nak berbangga, tapi aku nak budak-budak yang kecewa tu cuba ambil semangat aku masa tu. Tabah dalam menghadapi apa saja dugaan. Ada peluang yang lebih baik yang kita tak nampak. Bila dah berjaya baru kita nampak. Allah maha adil. Pendek kata, hidup mesti diteruskan. bukannya penghujung kehidupan andai tak dapat masuk U. So, ceria-ceriakan hidup anda dan teruskan usaha.

Apa aku nak buat cuti sabtu dan ahad ni r? cuba korang bagi idea sikit?

1 comment:

" MAT KEDAH " said...

Bravo broo.. nice posting...