Pages

Friday, July 08, 2011

30,000 feet above sea level.


Pada tika dan saat ini, aku berada di atas flight fireflyz seat 7A menuju ke Kuala Lumpur. Tak tahu apa nak buat, so aku tuliskan sedikit coretan buat bacaan anda semua yang meminati diri ini.

Sekarang ni naik flight bagi aku macam dah naik bas pulak. Apa taknya, dalam bulan 6 je, aku dah berulang alik 3 kali kuching-kuala lumpur. Rasa 1 guna duit sendiri, lagi 2 pakai waran. Terfikir sejenak dua jenak, bilalah aku akan dapat pindah ke halaman sendiri. Walaupun rasa selesa kat kuching ni, namun bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Aku pasrah atas kehendak takdir yang sudah pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Memang tidak dapat disangkal lagi, aku bahagia dengan tugas sekarang. Walau pernah juga terdetik dan pernah 2 kali aku pergi temuduga kerja lain tapi hati kecil ku berkata "jangan fieen". Cukuplah pada aku, pengalaman kerja yang aku rasa kalau nak buat resume mahu kurang-kurang 10 helai. Perghh...masyuk! Dan sudah sampai masa untuk aku kekal di Politeknik sebagai pensyarah yang agak poyo.

Bercerita pulak pasal kerjaya sebagai pensyarah, cukup menarik. Saban hari aku bertemu dengan pelbagai kerenah pelajar yang mencuit hati. Kalau nak cerita pasal yang cute-cute tu tak payah cerita lah k, nanti kena 'ban' pulak. Pendek kata, memang tak sempat nak bosan lah kerja ni. Kalau bosan pun dari segi nak menanda kertas jawapan, pasal aku ni cukup malas bab-bab tu. Bila masa nak rajin pun tak tahulah. Rajin tak rajin, kena buat jugak kan? Sebagai pensyarah juga bukan sahaja hanya mendidik atau mengajar semata-mata malah lebih dari itu. Penasihat akademik, kaunselor, pakar motivasi dan juga pemberi khidmat nasihat. Sebagai seorang bekas romeo satu ketika dulu (perasan tak hingat), aku juga mencurahkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan terutama jejaka yang ingin memikat gadis. Adalah seorang protege aku tu, harap-harap berjaya lah dalam usaha beliau memikat si Bunga. Kalau berjaya sampai ke jinjang pelamin, akulah orang yang paling bahagia.

Cukuplah setakat ni, flight pun dah nak landing. Peramugari fireflyz ni boleh tahan gak kan? Haha.....mengarut je. Ok, chow......


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: