Pages

Wednesday, July 13, 2011

"Politeknik adalah warisan kita, membekal tenaga bidang teknikal", lagu politeknik berkumandang di Dewan serba guna Politeknik Kuching tanda berakhirnya majlis perjumpaan pelajar bersama Ketua Jabatan. Acara yang wajib setiap kali bermulanya semester baru. Namun terdapat kecacatan dalam majlis tersebut dengan gangguan sistem audio yang kurang jelas. Maka nyanyian lagu juga kurang bersemangat. Aku sebagai seorang artis yang amat mementingkan kualiti bunyi merasa sangat dukacita.

Kecacatan majlis juga disumbangkan oleh seorang pelajar dari jabatan lain (nama tidak boleh disebut). Bersorak secara berlebihan ketika Ketua Jabatan sedang memberi ucapan. Menunjukkan sikap yang kurang ajar kepada pensyarah ketika diminta menyerahkan kad pelajar. ishhh..ishhh...budak-budak zaman sekarang. Aku pun hairan jugak, setakat yang aku tahu, tidak pernah pulak budak-budak JP buat hal. Pelajar JP terkenal dengan sikap sopan santun. Walaupun adalah sedikit masalah disiplin tetapi tidaklah sampai tidak menghormati majlis dan juga pensyarah. Aku ingin mengambil kesempatan ini ingin berpesan kepada anak-anak semua, walau setinggi mana pun pendidikan anda, janganlah menunjukkan sikap yang kurang ajar kepada orang yang lebih tua. Anda adalah bakal pemimpin satu masa nanti. Jika beginilah sikap anda, maka adakah wawasan 2020 bakal tercapai dengan jayanya? Fikir-fikirkanlah.

Cerita punya cerita, tak sedar pulak jam di dinding sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Hari ni memang terlalu sibuk dengan pagi, urusan pendaftaran pelajar (anak-anak DAT3S3). Agak pening untuk atur jadual mereka, tetapi tak apalah, lagipun aku dah anggap diorang macam anak aku sendiri. Sakit pening mereka, sakit pening jugalah aku. Aku berharap mereka dapat fokus dengan pembelajaran dan menghabiskan saki baki semester yang ada di sini. Walaupun gambar aku semasa pengumuman nama pensyarah JP kurang mendapat tepukan, itupun tidak mengapa kerana aku tidak mahu lagi dilambung isu glamour yang ntah apa-apa ntah. Aku dah berjanji pada diri aku, untuk lebih menumpukan pada kerjaya dan keluarga. InsyaAllah.

hmmmm...(nada mengeluh), berapa kerat sahaja pelajar lelaki JP yang tinggal. tidak sampai suku dari populasi. Aduyai...macam mana nak tubuhkan team bola ni? Rasa-rasanya, mungkin akan dibubarkan buat selama-lamanya. Kita tubuh pulak team bola jaring. Dah sah-sah, no 1,2 dan 3, JP juara.

"Cukup sampai di sini sayang...." lagu dendangan shidee aku akhiri pertemuan kita setakat ini, sampai ketemu lagi dalam arena yang lain pula.

"Strive to excel, Lead the way"

No comments: