Pages

Wednesday, December 18, 2013

UBS Accounting - Lesson 1

1. Create directory



2. Create chart of account



 3. Create batch


4. Enter transactions


5. Edit transactions


6. Delete transactions
 


Friday, July 20, 2012

Aku dan Macbook Pro.


Semalam aku melakukan satu lagi anjakan dalam diri dengan membeli Macbook Pro, second hand je tapi kerana harga yang mampu aku beli disamping masih ada waranti, amat menarik perhatian aku. Sementelah pula aku memang berhasrat sangat untuk memilikinya. 

Bukan untuk berlagak pada sesiapa, namun perlu aku jelaskan di sini, apa yang menarik minat aku selain dari Macbook itu sendiri, adalah perisian ibooks author yang baru dimajukan dalam apps store untuk macbook. Aku mendapat idea untuk menerbitkan nota-nota aku ke apps store pulak lepas ni. Itu impian aku yang insyaAllah akan aku laksanakan dalam masa terdekat ini.

Spesifikasi lain perlu aku jelaskan di sini kerana ramai di luar sana yang masih tak yakin dengan keupayaan Mac OS. Mula-mula aku nak cakap, buat apalah Apple nak jual mahal-mahal kalau tak compatible dengan current environment. Nak Microsoft Office? dah ada dah Office for Mac. Kalau software yang takde, boleh install parallel desktop, running windows 7 dalam Mac. Alamak….simple giler r. Kalau setakat button sana sini yang berubah tu, sekejap je boleh faham. Bayangkan masa kita tak reti komputer dulu, bila mula-mula pegang komputer, kan ke kekok mula-mula. Apa yang penting, alah bisa tegal biasa.

Yang lain-lain tu, macam biasalah, wifi, bluetooth, printer setting. Plug n play je. Tak payah nak install antivirus. 

Jadi kesimpulannya, kepada rakan-rakan yang masih atau sedang membuat pertimbangan sama ada Macbook atau laptop yang branded dan power, pilihlah Macbook. Tak perlu takut, seolah-olah macam nampak hantu. Cuba sesuatu yang baru. Nikmatilah keunikan yang ada pada Macbook. 

Dan akhir kata kalaulah terjumpa dengan kawan-kawan yang macam aku ni, asyik dengan gajet je, janganlah kutuk kalau tak tahu apa-apa. Korang tak tahu, mungkin orang yang korang kutuk tu power giler dari anda. Who knows? Allah saja Maha Tahu.

Sehingga berjumpa lagi, salam sayang dari…..


Fieen

Thursday, May 10, 2012

Geng Surau


2 hari tak update blog, sibuk dengan aktiviti me'molah' inovasi dirik mpun (klaka sarawak sikit). Ternyata skil microsoft excel masih belum hilang dari ingatan aku. Aku suka dengan situasi ini ditambah pula ada rakan-rakan yang sehati sejiwa maka aku dapat berkongsi apa yang telah dipelajari dulu. Di kesempatan ini aku ingin berpesan pada anak-anak, para pelajar semua, usah kita kedekut ilmu. Tak luak atau tak hilang pun ilmu jika kita ajarkan pada orang lain, malah bertambah-tambah lagi. Kita kena ingat, ilmu yang kita dapat ni adalah milikNya jua. Alangkah seronoknya bila dapat melihat budaya berkongsi ilmu ni subur di kalangan para pelajar. Sepatutnya program mentor-mentee dapat dilaksanakan di Politeknik yang mana pelajar yang pandai akan membantu pelajar yang lemah, seterusnya dapat membentuk dan melahirkan bakal-bakal pensyarah.

Aktiviti yang seterusnya yang nak aku kongsikan di sini adalah aku telah dilantik menjadi juruaudit akaun surau. Peluang yang telah diberikan hasil cadangan oleh rakan dari JKA yang mana beliau adalah salah seorang AJK surau berkenaan. Atas rasa kecintaan kepada akaun dan niat membantu, aku terima tawaran ini. Secara tak sengaja aku juga menjadi 'geng surau'. Usia pun dah meningkat, mungkin cara ini salah satu kehendakNya untuk aku mendekatkan diri dengan surau. Alhamdulillah.

Cukuplah setakat ini. Terlalu letih dan esok pula ada meeting exam. Petang pulak dengan perhimpunan bulanan. Dan apa yang paling penting, esok last day sebelum aku bercuti seminggu...balik KL...horay!!!. Melegakan segala ketegangan kerja dengan melihat wajah anak-anak. Siaplah, adam pun dah menunggu je nak mintak bola dan kereta control. Adik pulak...apa nak belikan ye?

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, May 07, 2012

How to repair corrupted external hard disk drive.

Hari ini walaupun agak sibuk dengan tugasan pejabat, namun masih sempat menyelamatkan external hard disk (HDD) milik kawan pejabatku, Z (bukan nama sebenar). Cari punya cari kat internet, jumpalah 1 cara yang paling terbaik dan aku sharekan buat kawan-kawan semua, manalah tahu mungkin dapat masalah yang sama. Masalah external HDD kawan aku ni adalah bila kita plug in ke laptop, fail yang ada dalam tu tak dapat dibuka, sebaliknya keluar prompt suruh kita format hard disk itu. Bahaya kalau kita tertekan format, langsung hilang semua data dalam tu.
Oleh yang demikian, atas prinsip "sharing is caring", aku lontarkan idea tersebut dan untuk nampak canggih, aku buat dalam bahasa inggeris (canggihlah sangat), tak kisahlah, janji anda semua faham. Sila ikut langkah demi langkah seperti di bawah.

Equipments needed
1. Corrupted HDD or pen drive.
2. A pc or laptop running any windows from windows 98,2000,XP,Vista or 7.

The steps.
1. Plug in the HDD to your pc or laptop.
2. Click start and type "cmd" and press enter.
3. Type "chkdsk /r" followed by your HDD drive letter. For example, "chkdsk /r e:" and then press enter. (without the " ")
(lihat gambar)




4. Wait until the process finished and you can continue using your HDD.
Mudah bukan? So, kalau berlaku masalah HDD atau pen drive tak boleh bukak, jangan panik, everything you want, just google it.

Selamat mencuba.
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, May 06, 2012

Mencari sebuah jawapan (pesanan buat pelajar)


Ramai pelajar merayu "encik, luluskan kami ya". Dalam hatiku ingin aku bertanya pada mereka, "korang rasa, korang layak tak untuk lulus?"

Menyingkap kembali semasa aku belajar dulu, lepas saja habis final exam, aku tak menoleh ke belakang lagi. Tawakal je lah. Yang penting aku dah buat sehabis baik, walaupun sebenarnya tidaklah sebaik manapun. Bila dapat saja result, aku pasrah dan terima dengan hati yang terbuka. Kalau lulus, Alhamdulillah. Kalau tidak, aku tak patah semangat dan terus berazam untuk menggandakan usaha dalam semester depan.

Kini setelah bergelar pensyarah, aku merasakan perkara yang sama yang dialami oleh pensyarahku dulu. Pokok pangkalnya kita kena berbalik pada prinsip. Yang lulus tetap lulus dan begitulah sebaliknya. Tiada campur aduk dengan soal peribadi, mahupun paras rupa, jantina, suku kaum dan sebagainya.

Kepada pelajar, aku ingin menyatakan, mungkin sebagai wakil kepada para pensyarah, kami bukan semudah itu meluluskan atau menggagalkan para pelajar. Jangan ada sebarang prasangka bahawa pensyarah ini boleh bagi lulus, pensyarah itu terlampau kedekut markah. TIDAK! Jangan sama sekali.

Apa yang anda jawab semasa final exam, itulah yang anda dapat, selain ditambahkan dengan markah PB atau "carry mark" yang anda perolehi sepanjang semester.

Bercerita pula pasal markah PB, aku menyeru kepada para pelajar, janganlah cepat rasa yakin bahawa anda pasti lulus kerana penentunya juga adalah markah final exam.

Akhir kata, jangalah dilupa jasa cikgu atau pensyarah yang telah bersusah payah mendidik anda semua. Dari seorang yang langsung tak tahu apa-apa, kini ada antara anda yang sudah berjaya dalam kehidupan.


- Posted using BlogPress from my iPad

Budaya jaga tepi kain orang.

Budaya orang melayu kita teramatlah prihatin, kadang-kadang prihatin yang melampau ini sampai hal peribadi pun mereka nak campur. Istilah jaga tepi kain orang ini telah disalahgunakan oleh kebanyakan orang kita sampai jika tidak terkawal boleh mengundang fitnah. Tidak salah mengambil tahu hal orang lain, but there is always a limitation.

Kita ambil 1 contoh: Mula-mula anak dah meningkat dewasa, mulalah sibuk orang lain tanya, "anak kau dah keje ke?", then bila dah kerja, tanya pulak "berapa gaji anak kau?". Padahal anak sendiri pun tak kerja lagi, dok kalut tanya anak orang lain. Apa kejadahnya? Kemudian, sibuk lagi tanya, " bila anak kau nak kahwin?. Bila dah kahwin, tanya bila nak dapat anak?. Kemudian, pergi jaja pulak cerita dengan orang lain, "eh, kau nak tahu si"polan" dah setahun kawin tak dapat anak, mandul agaknya" Bukankah sudah berlaku fitnah di sini? Pandai-pandai pulak menambah tokok cerita. Bila dapat anak, lain pulak ceritanya, tengok pulak anak si"polan" tak berapa nak cerah, then mula nak buat cerita bukan-bukan. Aku tak tahulah nak describe orang apa macam ni? Inilah yang aku cerita pada mula tadi, "jaga tepi kain orang" mestilah ada hadnya.

Manusia.....rambut sama hitam, hati lain-lain.

Pada ketika ini aku sedang menyaksikan perlawanan EPL antara Man City dengan Newcastle, harap-harap Man City menanglah, pasal aku tak suka Man Utd jadi juara liga. Sorrylah kepada penyokong Man Utd, sesaje je aku tak suka Man Utd. Bukan ada sebab apapun.

Dengan teh di sisi, esok dah mula kerja. Seminggu lagi sebelum aku nak balik KL, jumpa Adam dan Nana. Tak sabar rasanya. Sebelum mengundur diri, kepada sesiapa yang baca blog aku ni, janganlah terasa andai anda tidak melakukan perkara yang aku sebut kat atas tadi. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Saturday, May 05, 2012

Waktu Standard Malaysia


Tahukah anda, sebelum tahun 1982, waktu di semenanjung adalah 1/2 jam lewat dari waktu di Sabah dan Sarawak. Sehinggalah pada 21 Disember 1981, Akta Waktu Standard dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Di dalam Akta tersebut menyatakan bahawa waktu di semenanjung akan diselaraskan mengikut waktu di Sabah dan Sarawak mulai 1 Januari 1982.
Akta Waktu Standard Malaysia
Pada awalnya tak terfikir pun, namun setelah berpindah ke sarawak dan setelah 3 tahun aku di sini, barulah tergerak olehku untuk mencari info berkenaan waktu standard ini. Dan info ini aku sharekan kepada rakan-rakan yang belum tahu. Kepada yang dah tahu tu, baguslah.
Di samping itu juga aku jumpa satu link berkenaan waktu standard malaysia di wikipedia, so nak info lebih lagi klik kat laman di bawah ini:
Time in Malaysia
Pada 1 Januari 1990, kabinet telah melantik Makmal Metrologi Kebangsaan (Sirim) sebagai penyimpan masa rasmi Malaysia. Sila selaraskan jam yang ada di rumah anda, tak kiralah jam dinding, jam tangan, jam loceng, jam handphone ataupun segala jam yang ada mengikut waktu dengan klik laman di bawah.
Malaysian Standard Time
Akhir kata, diharap maklumat yang aku kongsi ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada mereka yang tak tahu di luar sana. Rasanya memang tak ramai yang tahu, tambah-tambah budak zaman sekarang. Celik-celik je mata, dah tahu masa di Malaysia tambah 8 jam dari masa di Greenwich Mean Time (GMT).
"Sharing is Caring"
- Posted using BlogPress from my iPad

Peperiksaan Akhir - 1 Kajian ringkas

Salam semua. Lama gila saya tak update blog ni. Sibuklah sangat...hehe. Sebagai mukadimah kepada kelahiran semula saya dalam blog ni, saya nak share something kat anda semua. Sila baca dengan penuh teliti. Jika ada yang tiada kena mengena dengan hidup anda, abaikan saja.


Hasil penelitian setelah selesai menanda kertas jawapan peperiksaan akhir P4201-Financial Accounting 3, saya membuat kesimpulan berdasarkan perbezaan markah Penilaian berterusan (PB) dan Peperiksaan Akhir (PA) bagi kelas DAT5S1 seramai 38 orang seperti berikut:


1.    PB dan PA tinggi = pelajar benar-benar cemerlang.
2.    PB dan PB rendah = pelajar benar-benar lemah.

Kedua-dua kategori di atas adalah kes yang normal apabila markah PB dan PA mempunyai korelasi positif. Namun terdapat juga kes-kes di mana kedua-dua markah PB dan PA menunjukkan korelasi negatif, dan kesimpulan dapat dibuat seperti berikut:

3.    PB rendah, PA tinggi.
Ini mungkin disebabkan oleh kesedaran yang lahir dari pelajar itu sendiri lantaran menyedari markah PB yang rendah, mereka belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan sekurang-kurangnya lulus subjek ini. Namun ada juga yang tidak bernasib baik kerana markah PA mereka belum cukup melayakkan mereka untuk lulus.

4..  PB tinggi, PA rendah.
Kes seperti ini yang amat mengejutkan dan perlu diambil tindakan serius, walaupun jumlah mereka yang dalam kategori ini amat sedikit namun ia menimbulkan keraguan. Mana mungkin PB yang tinggi tidak mampu diterjemahkan dalam PA? Maka, saya membuat kesimpulan lagi seperti berikut:-

a.    Disebabkan oleh sikap terlalu yakin pelajar yang mana markah PB yang tinggi mungkin sudah melayakkan mereka untuk lulus tetapi jangkaan yang sungguh meleset.
b.    Sikap yang terlalu memandang rendah akan sesuatu subjek kadangkala menyebabkan pelajar itu sendiri terperangkap dengan jerat mereka sendiri. Dalam kelas mereka seolah-olah faham padahal kita sebagai pensyarah sudah dapat tahu mereka sebenarnya tidak faham langsung tetapi malas untuk bertanya.

Akhir kata, saya memohon untuk kita sama-sama memikirkan kaedah terbaik ataupun jika saya tidak tahu, mohon saya ditunjuk ajar, maklumlah pensyarah baru mengajar. Perasaan ini saya kongsikan kerana terlalu sakit hati apabila nak buat P&L, Balance Sheet pun terkial-kial, nak jadi akauntan apa macam tu?



Tujuan hanya 1, untuk menghasilkan pelajar dalam KATEGORI 1 diatas.


PB TINGGI = PA TINGGI.

Saturday, July 16, 2011

Jadual mengajar semester Jun 2011


Di sini aku lampirkan jadual mengajar aku bagi semester Jun 2011. Agak menarik tetapi aku tak berapa gemar mengajar waktu petang pasal time tu r bebudak mengantuk. Kena banyakkan aktiviti r mcm ni. Aktiviti lari setempat ke, berenang kuak lentang pun ok.


- Posted using BlogPress from my iPad