Pages

Saturday, May 05, 2012

Peperiksaan Akhir - 1 Kajian ringkas

Salam semua. Lama gila saya tak update blog ni. Sibuklah sangat...hehe. Sebagai mukadimah kepada kelahiran semula saya dalam blog ni, saya nak share something kat anda semua. Sila baca dengan penuh teliti. Jika ada yang tiada kena mengena dengan hidup anda, abaikan saja.


Hasil penelitian setelah selesai menanda kertas jawapan peperiksaan akhir P4201-Financial Accounting 3, saya membuat kesimpulan berdasarkan perbezaan markah Penilaian berterusan (PB) dan Peperiksaan Akhir (PA) bagi kelas DAT5S1 seramai 38 orang seperti berikut:


1.    PB dan PA tinggi = pelajar benar-benar cemerlang.
2.    PB dan PB rendah = pelajar benar-benar lemah.

Kedua-dua kategori di atas adalah kes yang normal apabila markah PB dan PA mempunyai korelasi positif. Namun terdapat juga kes-kes di mana kedua-dua markah PB dan PA menunjukkan korelasi negatif, dan kesimpulan dapat dibuat seperti berikut:

3.    PB rendah, PA tinggi.
Ini mungkin disebabkan oleh kesedaran yang lahir dari pelajar itu sendiri lantaran menyedari markah PB yang rendah, mereka belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan sekurang-kurangnya lulus subjek ini. Namun ada juga yang tidak bernasib baik kerana markah PA mereka belum cukup melayakkan mereka untuk lulus.

4..  PB tinggi, PA rendah.
Kes seperti ini yang amat mengejutkan dan perlu diambil tindakan serius, walaupun jumlah mereka yang dalam kategori ini amat sedikit namun ia menimbulkan keraguan. Mana mungkin PB yang tinggi tidak mampu diterjemahkan dalam PA? Maka, saya membuat kesimpulan lagi seperti berikut:-

a.    Disebabkan oleh sikap terlalu yakin pelajar yang mana markah PB yang tinggi mungkin sudah melayakkan mereka untuk lulus tetapi jangkaan yang sungguh meleset.
b.    Sikap yang terlalu memandang rendah akan sesuatu subjek kadangkala menyebabkan pelajar itu sendiri terperangkap dengan jerat mereka sendiri. Dalam kelas mereka seolah-olah faham padahal kita sebagai pensyarah sudah dapat tahu mereka sebenarnya tidak faham langsung tetapi malas untuk bertanya.

Akhir kata, saya memohon untuk kita sama-sama memikirkan kaedah terbaik ataupun jika saya tidak tahu, mohon saya ditunjuk ajar, maklumlah pensyarah baru mengajar. Perasaan ini saya kongsikan kerana terlalu sakit hati apabila nak buat P&L, Balance Sheet pun terkial-kial, nak jadi akauntan apa macam tu?



Tujuan hanya 1, untuk menghasilkan pelajar dalam KATEGORI 1 diatas.


PB TINGGI = PA TINGGI.

No comments: