Pages

Saturday, May 05, 2012

Waktu Standard Malaysia


Tahukah anda, sebelum tahun 1982, waktu di semenanjung adalah 1/2 jam lewat dari waktu di Sabah dan Sarawak. Sehinggalah pada 21 Disember 1981, Akta Waktu Standard dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Di dalam Akta tersebut menyatakan bahawa waktu di semenanjung akan diselaraskan mengikut waktu di Sabah dan Sarawak mulai 1 Januari 1982.
Akta Waktu Standard Malaysia
Pada awalnya tak terfikir pun, namun setelah berpindah ke sarawak dan setelah 3 tahun aku di sini, barulah tergerak olehku untuk mencari info berkenaan waktu standard ini. Dan info ini aku sharekan kepada rakan-rakan yang belum tahu. Kepada yang dah tahu tu, baguslah.
Di samping itu juga aku jumpa satu link berkenaan waktu standard malaysia di wikipedia, so nak info lebih lagi klik kat laman di bawah ini:
Time in Malaysia
Pada 1 Januari 1990, kabinet telah melantik Makmal Metrologi Kebangsaan (Sirim) sebagai penyimpan masa rasmi Malaysia. Sila selaraskan jam yang ada di rumah anda, tak kiralah jam dinding, jam tangan, jam loceng, jam handphone ataupun segala jam yang ada mengikut waktu dengan klik laman di bawah.
Malaysian Standard Time
Akhir kata, diharap maklumat yang aku kongsi ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada mereka yang tak tahu di luar sana. Rasanya memang tak ramai yang tahu, tambah-tambah budak zaman sekarang. Celik-celik je mata, dah tahu masa di Malaysia tambah 8 jam dari masa di Greenwich Mean Time (GMT).
"Sharing is Caring"
- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: