Thursday, May 10, 2012
Geng Surau
2 hari tak update blog, sibuk dengan aktiviti me'molah' inovasi dirik mpun (klaka sarawak sikit). Ternyata skil microsoft excel masih belum hilang dari ingatan aku. Aku suka dengan situasi ini ditambah pula ada rakan-rakan yang sehati sejiwa maka aku dapat berkongsi apa yang telah dipelajari dulu. Di kesempatan ini aku ingin berpesan pada anak-anak, para pelajar semua, usah kita kedekut ilmu. Tak luak atau tak hilang pun ilmu jika kita ajarkan pada orang lain, malah bertambah-tambah lagi. Kita kena ingat, ilmu yang kita dapat ni adalah milikNya jua. Alangkah seronoknya bila dapat melihat budaya berkongsi ilmu ni subur di kalangan para pelajar. Sepatutnya program mentor-mentee dapat dilaksanakan di Politeknik yang mana pelajar yang pandai akan membantu pelajar yang lemah, seterusnya dapat membentuk dan melahirkan bakal-bakal pensyarah.
Aktiviti yang seterusnya yang nak aku kongsikan di sini adalah aku telah dilantik menjadi juruaudit akaun surau. Peluang yang telah diberikan hasil cadangan oleh rakan dari JKA yang mana beliau adalah salah seorang AJK surau berkenaan. Atas rasa kecintaan kepada akaun dan niat membantu, aku terima tawaran ini. Secara tak sengaja aku juga menjadi 'geng surau'. Usia pun dah meningkat, mungkin cara ini salah satu kehendakNya untuk aku mendekatkan diri dengan surau. Alhamdulillah.
Cukuplah setakat ini. Terlalu letih dan esok pula ada meeting exam. Petang pulak dengan perhimpunan bulanan. Dan apa yang paling penting, esok last day sebelum aku bercuti seminggu...balik KL...horay!!!. Melegakan segala ketegangan kerja dengan melihat wajah anak-anak. Siaplah, adam pun dah menunggu je nak mintak bola dan kereta control. Adik pulak...apa nak belikan ye?
- Posted using BlogPress from my iPad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment