Pages

Friday, July 20, 2012

Aku dan Macbook Pro.


Semalam aku melakukan satu lagi anjakan dalam diri dengan membeli Macbook Pro, second hand je tapi kerana harga yang mampu aku beli disamping masih ada waranti, amat menarik perhatian aku. Sementelah pula aku memang berhasrat sangat untuk memilikinya. 

Bukan untuk berlagak pada sesiapa, namun perlu aku jelaskan di sini, apa yang menarik minat aku selain dari Macbook itu sendiri, adalah perisian ibooks author yang baru dimajukan dalam apps store untuk macbook. Aku mendapat idea untuk menerbitkan nota-nota aku ke apps store pulak lepas ni. Itu impian aku yang insyaAllah akan aku laksanakan dalam masa terdekat ini.

Spesifikasi lain perlu aku jelaskan di sini kerana ramai di luar sana yang masih tak yakin dengan keupayaan Mac OS. Mula-mula aku nak cakap, buat apalah Apple nak jual mahal-mahal kalau tak compatible dengan current environment. Nak Microsoft Office? dah ada dah Office for Mac. Kalau software yang takde, boleh install parallel desktop, running windows 7 dalam Mac. Alamak….simple giler r. Kalau setakat button sana sini yang berubah tu, sekejap je boleh faham. Bayangkan masa kita tak reti komputer dulu, bila mula-mula pegang komputer, kan ke kekok mula-mula. Apa yang penting, alah bisa tegal biasa.

Yang lain-lain tu, macam biasalah, wifi, bluetooth, printer setting. Plug n play je. Tak payah nak install antivirus. 

Jadi kesimpulannya, kepada rakan-rakan yang masih atau sedang membuat pertimbangan sama ada Macbook atau laptop yang branded dan power, pilihlah Macbook. Tak perlu takut, seolah-olah macam nampak hantu. Cuba sesuatu yang baru. Nikmatilah keunikan yang ada pada Macbook. 

Dan akhir kata kalaulah terjumpa dengan kawan-kawan yang macam aku ni, asyik dengan gajet je, janganlah kutuk kalau tak tahu apa-apa. Korang tak tahu, mungkin orang yang korang kutuk tu power giler dari anda. Who knows? Allah saja Maha Tahu.

Sehingga berjumpa lagi, salam sayang dari…..


Fieen

No comments: