Pages

Sunday, May 06, 2012

Mencari sebuah jawapan (pesanan buat pelajar)


Ramai pelajar merayu "encik, luluskan kami ya". Dalam hatiku ingin aku bertanya pada mereka, "korang rasa, korang layak tak untuk lulus?"

Menyingkap kembali semasa aku belajar dulu, lepas saja habis final exam, aku tak menoleh ke belakang lagi. Tawakal je lah. Yang penting aku dah buat sehabis baik, walaupun sebenarnya tidaklah sebaik manapun. Bila dapat saja result, aku pasrah dan terima dengan hati yang terbuka. Kalau lulus, Alhamdulillah. Kalau tidak, aku tak patah semangat dan terus berazam untuk menggandakan usaha dalam semester depan.

Kini setelah bergelar pensyarah, aku merasakan perkara yang sama yang dialami oleh pensyarahku dulu. Pokok pangkalnya kita kena berbalik pada prinsip. Yang lulus tetap lulus dan begitulah sebaliknya. Tiada campur aduk dengan soal peribadi, mahupun paras rupa, jantina, suku kaum dan sebagainya.

Kepada pelajar, aku ingin menyatakan, mungkin sebagai wakil kepada para pensyarah, kami bukan semudah itu meluluskan atau menggagalkan para pelajar. Jangan ada sebarang prasangka bahawa pensyarah ini boleh bagi lulus, pensyarah itu terlampau kedekut markah. TIDAK! Jangan sama sekali.

Apa yang anda jawab semasa final exam, itulah yang anda dapat, selain ditambahkan dengan markah PB atau "carry mark" yang anda perolehi sepanjang semester.

Bercerita pula pasal markah PB, aku menyeru kepada para pelajar, janganlah cepat rasa yakin bahawa anda pasti lulus kerana penentunya juga adalah markah final exam.

Akhir kata, jangalah dilupa jasa cikgu atau pensyarah yang telah bersusah payah mendidik anda semua. Dari seorang yang langsung tak tahu apa-apa, kini ada antara anda yang sudah berjaya dalam kehidupan.


- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

aimieffariqa said...

selamat hari guru @ pendidik..<3