Pages

Friday, July 15, 2011

Hari sabtu 16 Julai 2011, sudah hampir seminggu keseorangan di Kuching ni. Hidup keseorangan ni menjadikan aku lebih berdisiplin dalam menghadapi hari-hari mendatang. Bermula dari bangun, makan, pergi kerja, dan tidur kembali. Begitulah rutin seharian aku yang agak membosankan.

Pada pagi ni, setelah selesai menyidai pakaian, aku sarapan di "kedai apa kenama", makan Mee Pok Special, satu makanan sarawak yang paling aku suka selain Nasi Ayam Penyet. Tak tahu mana nak dituju, aku bergerak ke Saberkas. Mencari sesuatu yang aku sendiri tak tau. Cuma deal aje lah dengan tokei kedai, aku nak beli mini projector Acer. Memang menarik pasal dia kecik...ops bukan tokei kedai tu tapi mini projektor tu. Senang aku nak bawak ke kelas. Bukan tak nak guna kemudahan yang disediakan di opis tapi aku lebih selesa kalau ada sendiri benda alah tu.

Sehinggalah kebosanan yang agak melampau reda, aku pulang ke rumah yang sepi dan tragis. Jiran-jiran tak tau lah mana dio orang pergi. Tekanan yang melampau pada perut juga seakan menolak-nolak satu benda yang tidak berapa pasti. Langsung menuju ke bilik kedamaian dan melepaskan segala hajat yang belum terlaksana dan akhirnya benda itu keluar dengan meninggalkan perut, ginjal dan usus besar dalam situasi yang sungguh harmoni. Apa kebenda aku cerita, korang paham ke tak, tak tahulah.

Sebelum berpisah buat sementara waktu aku selitkan lagu Berdua Bersatu nyanyian kumpulan For Teen, anak didik KRU. Memang layan lagu ni di kala kesepian. Nangis wa cakap lu.


No comments: