Pages

Friday, July 08, 2011

Aku, Steve Jobs dan Bill Gates.

Sudah agak lama aku tak menulis, dan entah kenapa kali ini aku mendapat idea untuk kembali mencurahkan perasaan melalui penulisan. Dan blog yang aku cipta setelah sekian lama kini beroperasi kembali. "back to business".
Hari ini adalah hari yang paling tidak produktif bagi aku. Kenapa? Aku pun tidak tahu. Mungkin kalau nak dikirakan dari segi kuantiti dan kualiti, memang "zero".
Ditambah pula pada malam ini aku akan bergerak ke Kuala Lumpur sebelum ke Kedah untuk menghantar isteri dan anak-anak. Selama sebulan mereka akan di sana dan situasi itu yang membuatkan aku akan merasa kesepian dan tidak keruan. Aku harap aku dapat menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh tabah. Dan ku harapkan isteri dan anak-anakku juga begitu.

Dalam pada itu aku juga ingin berkongsi sedikit tentang pengembaraan yang sedang ku mulakan pada hari ini. Hendak dikatakan pengembaraan sangat pun tidaklah. Apakah dia? Meng'install' laptop ku dengan Mac OS. Bunyi macam pelik, tapi setelah disiasat melalui internet, ia boleh dilakukan dengan pengetahuan IT yang sangat dasyat. Terlebih dahulu ingin aku perkenalkan laptop ku yang telah berusia 3 tahun, sering menjadi mangsa belasahanku. Apa tidaknya, sudah acapkali aku format dan install. Aku ni bukan jenis yang suka duduk diam. Ada saja kerja yang aku buat. Juga ingin aku kongsikan, aku sudah memiliki iPad. Wow!, nampak teruja kan? Tapi biasa je. Bertitik tolak dari iPad lah, aku amat tertarik dengan software dari Apple ataupun lebih tepat lagi Mac OS. Software yang ringan dan paling penting tiada masalah 'VIRUS'.

Sebut pasal virus, aku dah semakin jelak dengan benda tu, pengacau kehidupan dan keamanan. Kalau mampu, aku juga ingin menganjurkan perhimpunan BERSIH!, tapi tiadalah kena mengena dengan yang akan berlangsung esok. Ini adalah perhimpunan untuk membantah kemasukan virus yang mengganggu setiap urat saraf komputer seluruh dunia. Itulah antara penyebab untuk aku bergerak ke arah pemindahan jantina laptopku dari windows ke Mac. Nak beli tak mampu ooooo...mahal giler. Itupun aku menyampah jugak. Tak habis-habis menyampah, bila nak habis cerita der..

Ok lah, aku rasa cukup setakat ini buat hari ini. Sehingga berjumpa lagi di lain masa. Salam Mac OS X untuk semua. Majulah sukan untuk negara.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Persiaran Kayangan

No comments: