Pages

Tuesday, July 12, 2011

Aku dan sesuatu.

Perbezaan antara wanita dan lelaki dalam aspek membasuh pakaian menggunakan mesin basuh adalah......wanita hanya membasuh pakaian tetapi lelaki pula bukan sahaja pakaian malahan pen juga dibasuh. Itu yang terjadi pada permulaan pagi ku hari ini. Fuh...nasib baik lah. Ada good and bad news. Good news is, dakwat pen tu tak merebak ke pakaian. Bad news pulak, pen yang menjadi mangsa itu adalah pen mahal....waaaaaaa.

Namun sedikitpun tidak mengganggu mood aku pada hari ini. Aku menjalankan kerja seharian seperti biasa dalam mood selumber. Bak kata orang, "muka stone". Hari ini juga pelajar senior JP mendaftar untuk semester Jun 2011. Selamat kembali kepada semua pelajar. Belajarlah sebaik mungkin dan jangan disiakan masa yang mendatang.

Rasa tidak sabar pula aku nak masuk kelas. Aku berazam untuk memberikan yang paling terbaik untuk pelajar semua tidak kira pelajar itu di bawah didikan aku atau tidak. Aku menyedari kekurangan yang telah berlalu dan sehabis baik aku tidak mahu mengulanginya semula.

Setiap orang punya impian, begitu juga aku. Impian untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bukan untuk menunjuk tetapi memberikan yang terbaik itu adalah perkara yang amat dituntut. Barulah manusia itu boleh menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat sejagat. Hidup dalam kepompong yang sama atau sentiasa berada dalam "comfort zone" tidak akan memberikan apa-apa malahan merugikan individu itu sendiri.

"the sorcerer's apprentice", itulah tajuk cerita yang aku layan sekarang ni di astro dreambox. Macam tahu-tahu saja seharian aku layan lagu secret-one republic. Sementara menanti kawan karibku datang, mencurah-curah pula idea untuk menulis beberapa perenggan untuk dikongsi.

Sebelum berpisah buat sementara waktu, fahamilah kata-kata yang aku pinjam dari penceramah semasa kursus KIPA tempoh hari.

"langit tidak menolak awan, laut tidak menolak sungai, hutan tidak menolak lata"

Salam kasih sayang.

FIEEN AWIE.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: